Kenali Raudhah College

Kolej Raudhah telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan sebelum ini dikenali sebagai kolej perkembangan awal kanak-kanak (KPAKK). Pada awalnya, kolej ditubuhkan hasil idea untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan holistik kepada golongan kurang berkemampuan dengan membayangkan kanak-kanak dari seluruh dunia akan diberi peluang untuk belajar dalam persekitaran yang boleh memupuk nilai dan sikap kanak-kanak menjadi insan yang berketerampilan dan beramal, dan akhirnya menjadi pemimpin negara yang berkualiti. Khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Justeru itu, tumpuan utama Kolej sejak 2006 adalah menubuhkan satu pasukan dalam merangka kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang sentiasa relevan dengan pendidikan masa kini dan menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang ini. Kami percaya bahawa pendidikan awal kanak-kanak bermula dengan pendidik yang berkualiti dan holistik.

Maka menjadi keutamaan kami untuk melahirkan graduan pendidik yang kompeten dan mempunyai kelayakan ikhtisas keguruan yang diiktiraf oleh agensi kerajaan dan berjaya dalam kerjaya berkaitan pendidikan awal kanak-kanak sama ada sebagai pendidik, penyedia, pengurus di Pusat Jagaan, TASKA, TADIKA di pelbagai agensi kerajaan, swasta dan sebilangannya telah bergelar konsultan, pensyarah dan usahawan berjaya.

Penjenamaan semula kepada Raudhah College pada tahun 2020 adalah tindakan proaktif kami untuk memastikan Raudhah College kekal sebagai institusi pengajian tinggi swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dengan memenuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sejajar dengan kejayaan lepas, dikenali sebagai “Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat”, Kekuatan Raudhah College kini adalah sentiasa proaktif dengan mempelbagaikan tawaran program baru yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada umum dan dilaksanakan secara “blended learning” dengan pilihan pakej yang fleksibel pada kadar yang berpatutan.

Raudhah College sangat komited untuk memberi pengetahuan, latihan dan pengalaman pembelajaran yang autentik dalam bidang pendidikan dan keusahawanan. Kualiti setiap program yang ditawarkan adalah setanding dengan kurikulum terbaik di pasaran dan mampu membentuk graduan berkualiti yang beradab mulia dalam memenuhi tuntutan syariah Islam, mahir dalam bidang pengkhususan yang diceburi, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan berjaya dalam kerjaya yang mempunyai kompetensi masa depan yang cemerlang.

Akhir kata, Kolej Raudhah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang telah tamat pengajian dan yang masih meneruskan perjuangan dalam pengajian. Diharapkan semua pelajar sentiasa komited dalam pembelajaran dan sentiasa berusaha untuk mencapai segala cita-cita yang diilhamkan.

Cloudy Fog

Visi

Institusi Pendidikan Terkemuka, Menghasilkan Graduan yang menjadi pilihan utama  Memiliki Tahap Tertinggi Adab Dan Kemahiran Kehidupan yang diperlukan

Cloudy Fog

Misi

Untuk menyediakan persekitaran yang berpusatkan adab  di mana para pelajar dapat mendalami / memperolehi / meningkatkan pengetahuan mereka melalui proses pembelajaran yang disesuaikan untuk mencapai mercu kejayaan.

Cloudy Fog

Tagline

Producing ADAB-Centered Graduates

Our Core Values

Producing ADAB Centered Graduates

Allah-Centred

Determination

Action-oriented

Benevolence

Pencapaian Raudhah College

Raudhah College dikenali sebagai “Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat” dengan menawarkan kursus untuk memperkasakan ikhtisas profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk guru-guru dalam perkhidmatan sejak tahun 2006.

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak tahun 2008

Raudhah College telah mentauliahkan lebih 2,000 orang guru terlatih daripada sektor kerajaan dan swasta dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 2009

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menerima anugerah 5 bintang untuk kluster Pendidikan daripada MyQuest, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)