Raudhah College Perintis program Diploma Keusahawanan Islam


Oleh: Wan Rashidah Hanim Bt Wan Mohamad


Raudhah College di Cyberjaya menjadi institusi swasta pertama di negara ini menawarkan program Diploma in Islamic Entrepreneurship (PA14577) untuk pelajar dalam dan luar negara mulai ambilan Mac depan. Raudhah College sebagai platform yang menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi dengan memenuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) setanding dengan kurikulum keusahawanan yang terbaik bagi melahirkan usahawan Islam yang bermutu tinggi.


Dengan tagline “Menghasilkan Graduan Berpaksikan ADAB”, Raudhah College merupakan institusi pendidikan yang menawarkan kualiti akademik yang komprehensif dan cemerlang, memupuk graduan menjadi profesional yang berwibawa dengan memberikan pengalaman yang melangkaui pencapaian akademik dengan nilai teras utama yang dipermudahkan dengan singkatan ADAB.



Raudhah College terletak dalam persekitaran yang moden dan kondunsif.



Raudhah College yang dimiliki oleh Kumpulan Malakat Eco menawarkan program DISE ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan ilmu keusahawanan kritikal yang merangkumi prinsip-prinsip dari sudut Islam dan perbezaannya dengan amalan konvensional. Program DISE ini membolehkan pelajar secara aktif memperoleh pengetahuan dan mengumpul kemahiran praktikal di lapangan sebenar dunia perniagaan dan keusahawanan muslim. Setelah bergraduasi kelak, para graduan bukan sahaja memperoleh pengetahuan teknikal dan kemahiran berkenaan dengan kepelbagaian dalam aktiviti keusahawanan dari perspektif Islam, namun lebih daripada itu, iaitu dapat menerapkan pembinaan sahsiah kendiri sebagai usahawan muslim yang beretika dan mempraktikkan muamalat berlandaskan al-Quran dan al-Hadith.


Program pengajian ini juga dilaksanakan sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya lebih ramai anak muda terlibat dalam perniagaan digital dan ekonomi sekaligus merancakkan lagi sektor ekonomi dan membuka platform kepada peniaga kecil di luar bandar.




Pelajar Raudhah College khusyuk dalam sesi kuliah



Dengan penawaran program ini, pelajar mampu memperoleh asas yang sangat baik untuk membina kerjaya dalam bidang perniagaan mahupun menubuhkan perniagaan mereka sendiri. Di antara pekerjaan yang berkaitan secara langsung dengan DICE adalah usahawan, pemilik perniagaan, eksekutif perniagaan, eksekutif jualan, eksekutif korporat, penganalisis perniagaan, perunding perniagaan dan lain-lain.


Raudhah College merupakan sebahagian daripada komponen penting ekosistem (Malakat Eco) yang ditubuhkan sejak 15 tahun yang lalu kesinambungan dari Kolej Perkembangan Kanak-Kanak (KPAKK) di Damansara. Kini Raudhah College tampil moden dengan nafas baru selari dengan perkembangan teknologi. Bidang pengajian utama yang ditawarkan oleh Raudhah College yang berlokasi di Central Business District (CBD) Perdana 3 Cyberjaya ini adalah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Sekolah Peringkat Rendah (Elementari) dan Keusahawanan Islam.


Sejak ditubuhkan Raudhah College telah melahirkan 2,125 orang graduan yang kini berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya di sektor kerajaan, swasta mahupun bergelar usahawan. Seramai 447 orang graduan diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak diraikan dalam majlis konvokesyen ke 10 dan ke 11 pada 18 Disember 2021 di Dewan Besar Brainy Bunch Cyberjaya, Selangor.


6 views0 comments

Recent Posts

See All